Suatu ketika dahulu, Intel telah memperkenalkan teknologi storan terbaru mereka, 3D XPoint, dalam sebuah usaha-sama bersama pihak Micron. Teknologi ini membolehkan mereka menindih cip-cip storan untuk membina perkakasan yang bukan sahaja mempunyai jumlah storan yang besar, tetapi ia juga mempunyai kelajuan pantas yang tidak boleh ditandingi walaupun oleh SSD pada masa kini.

Tidak lama kemudian, Intel menamakan komponan storan itu sebagai Optane, dan terkini, Intel baru sahaja melancarkan laman web khusus mengenai produk Intel Optane tersebut – sekaligus menunjukkan spesifikasi sokongan untuk storan tersebut.

Penggunaan storan Intel Optane memerlukan CPU generasi ke-7 Intel Kaby Lake atau keatas, papan induk dengan cipset Z270, H270 ataupun B250, dan akan menggunakan port storan M.2 PCIe x2 ataupun x4, yang mempunyai sokongan NVMe (Non Volatile Memory Express) spesifikasi 1.1.

Yang mengejutkan kami tentang spesifikasi baru ini ialah platform Intel Skylake tidak termasuk di dalam senarai sokongan ini. Ini adalah kerana ujian-ujian yang dilakukan dengan Intel Optane sebelum ini menggunakan cip pemprosesan generasi ke-6 Intel tersebut.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.