Berita Menarik

Internet, Malaysia akan ikut cara Finland tentang kualiti, kelajuan

Pembaca : 9
0 0
Share Button

Kerajaan akan menetapkan kelajuan minimum internet mengikut cara Finland yang memastikan kualiti Internet dan menjamin kepentingan pengguna.

Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, caj data di Malaysia ialah RM120 bagi 10Mbps yang lebih mahal berbanding RM74 (50Mbps) di Thailand dan juga RM134 (1Gbps) di Singapura.

“Matlamat utama saya ialah mengurangkan beban rakyat kemudian menambahbaik kemudahan yang ada,” kata Gobind.

Dalam pada itu, Gobind juga berharap dapat bersua muka dengan syarikat telekomunikasi setiap bulan bagi membolehkan kementerian mendengar pandangan mereka.

Sebelum ini, Gobind pernah mengeluarkan kenyataan kerajaan berhasrat menjadikan kemudahan internet sebagai hak asasi dan meningkatkan kemudahan yang ada di negara ini.

Selain itu, beliau berjanji untuk mengumumkan untuk mengurangkan bayaran jalur lebar sebanyak 25 peratus menjelang akhir tahun.

Bermula pada tahun depan pula pengurangan bayaran khidmat internet serta menambahkan kelajuan Internet akan dilaksanakan seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.

Dengan menjadikan internet sebagai hak asasi, kerajaan akan wajib memastikan kemudahan internet diberikan termasuk menyediakan jalur lebar dalam projek pembangunan.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.