Berita Menarik

IO Interactive Kini Menjadi Studio Bebas Dan Mengekalkan Hak Siri Hitman

Pembaca : 12
0 0

Berita baik bagi peminat siri pembunuh upahan berkepala licin Agent 47. Studio I/O Interactive yang membangunkan siri Hitman mengumumkan mereka kembali menjadi sebuah studio bebas selepas berjaya berunding dengan Square Enix yang ingin menjualnya.

Di dalam rundingan yang dipersetujui kedua-dua pihak, I/O Interactive dibenarkan mengekalkan hak penggunaan watak Hitman. Masa depan permainan ini walaubagaimanapun masih agak kabur. Pada asalnya Hitman terkini yang dilancarkan tahun lalu akan mempunyai tiga musim. Hanya satu musim telah dilancarkan tetapi perancangan untuk menghasilkan episod-episod seterusnya kini akan dinilai semula. Pihak IO Interactive akan berkongsi tentang masa depan siri ini seawal minggu hadapan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.