iOS 12.0 Membaiki Kerentanan Port Lightning Bagi Menghalang Peranti Diakses Oleh Pihak Berkuasa Menggunakan Alat GrayKey

Terdapat banyak fungsi baru diperkenalkan menerusi iOS 12 seperti Memoji, panggilan Facetime berkumpulan dan notifkasi yang dikumpulkan mengikut kategori. Yang tidak diumumkan ialah beberapa tetapan sekuriti baru yang dapat menghalang sistem sekuriti peranti dipintas oleh pihak berkuasa menggunakan alat GrayKey dan Cellebrite.

Tetapi tetapan baru untuk aksesori USB memerlukan kod laluan dimasukkan untuk mengakses port lightning selepas peranti tidak digunakan selama sejam. Apabila port ini dinyahaktifkan, alat GrayKey dan Cellebrite tidak lagi mampu digunakan kerana kedua-duanya memerlukan sambungan Lightning. Sebelum ini port Lightning hanya akan diaktifkan selepas peranti tidak digunakan selama tujuh hari. Dalam waktu tersebut pihak berkuasa boleh menggunakan kedua-dua alat yang disebutkan tadi untuk memintas skrin kunci dan membaca kandungan peranti tanpa kebenaran pemilik. Sistem sekuriti ini pasti memberikan kelegaan kepada pengguna tetapi menimbulkan kemarahan pihak berkuasa.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.