iOS 12.1.4 Dan macOS Mojave 10.14.3 Yang Membaiki Pepijat FaceTime Kini Boleh Dimuat Turun

Minggu lalu pepijat pada sistem FaceTime berkumpulan ditemui pada iOS dan macOS. Ini menyebabkan audio didengari dan video dilihat walaupun panggilan belum diangkat. Kerana pepijat yang serius ini, Apple menyahaktifkan fungsi FaceTime berkumpulan kepada semua sebelum memberikan kemas kini.

Pagi ini kemas kini iOS 12.1.4 dan macOS Mojave 10.14.3 akhirnya boleh dimuat turun. Ia membaiki pepijat FaceTime berkumpulan pada kedua-dua sistem operasi utama keluaran Apple. Saiz muat turun iOS 12.1.4 ialah 335 Mb manakala macOS Mojave 10.14.3 pula sebesar 1.99 GB. Sekiranya anda ingin menggunakan FaceTime berkumpulan kedua-dua kemas kini ini perlu dilakukan kerana ia diaktifkan pada versi sistem operasi terdahulu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.