iOS 12.2 Akan Memperkenalkan Empat Lagi Animoji Baharu

Menerusi iPhone X, Apple memperkenalkan fungsi Animoji yang membolehkan pengguna mengawal emoji yang mengikut raut wajah mereka. Fungsi ini kemudian menjadi ikutan pengeluar Android yang lain walaupun ia sebenarnya hanya sebuah gimik jualan.

Menerusi iOS 12.2 kelak, empat lagi Animoji akan ditambah membawakan sokongan 24 Animoji dan satu Memoiji kesemuanya. Empat Animoji baharu yang ditemui pada iOS 12.2 beta ialah zirafah, khinzir, ikan jerung dan burung hantu. Semasa dilancarkan hampir dua tahun yang lalu hanya 12 Animoji ditawarkan. Animoji yang dihasilkan boleh digunakan di dalam aplikasi pemesejan, pelekat, pengganti diri ketika panggilan FaceTime dan dihantar dalam bentuk video kepada rakan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.