TechSemut Malaysia

iOS 12 Akhirnya Membolehkan Dua Wajah Disimpan Oleh Sistem Face ID

iOS 12 Akhirnya Membolehkan Dua Wajah Disimpan Oleh Sistem Face ID

iOS 12 Akhirnya Membolehkan Dua Wajah Disimpan Oleh Sistem Face ID
Jun 05
01:10 2018

Perkara yang agak menjengkelkan mengenai iPhone X ialah hanya satu wajah boleh disimpan oleh sistem imbasan wajah Face ID. Apabila peranti ingin dinyahkunci oleh isteri saya, beliau terpaksa memasukkan kod keselamatan. Perkara ini tidak berlaku pada Touch ID yang membenarkan lebih dari satu cap jari disimpan untuk menyahkunci peranti.

Ujian iOS 12 Developer Beta boleh dimuat turun sekarang dan pengguna awal telah menemui fungsi baru “Set Up an Alternate Appearance” pada sistem Face ID. Ini membolehkan satu lagi wajah digunakan untuk menyahkunci peranti. Hanya dua wajah boleh disimpan buat masa ini. Bagi pengguna iPhone X seperti saya, ini ialah fungsi yang amat kami nantikan apabila ia diberikan menerusi iOS 12 pada bulan September kelak.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com