iOS 13.1.1 Kini Boleh Dimuat Turun Menampal Pepijat Sekuriti Papan Kekunci

Seperti kami laporkan dua hari yang lalu, terdapat pepijat pada iOS 13 yang menyebabkan papan kekunci pihak ketiga mengakses data  pada peranti tanpa kebenaran diberikan oleh pemilik. Apple menyedari akan kewujudannya dan telahpun memberikan kemas kini iOS 13.1.1 sebesar 108.2 MB pagi ini,

Selain menampal kerentanan sekuriti ini, iOS 13.1.1 ia juga menampak pepijat yang mengakibatkan peranti tidak boleh dikembalikan menggunakan sandaran iCloud, masalah bateri yang digunakan jauh lebih pantas berbanding normal, kegagalan Siri mengesan arahan pada iPhone 11, 11 Pro serta 11 Pro Max dan beberapa pepijat kecil yang lain. Bagi pengguna iPhone anda boleh melakukan kemas kini ini secara OTA sekarang,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.