iOS 13.1 Akan Memberi Amaran Jika iPhone Menggunakan Skrin Tidak Asli

Bulan lalu, Apple mula “mengunci” kemampuan menukar bateri pada iPhone – walaupun ia adalah bateri asli. Melalui halangan ini, pengguna tidak boleh lihat status kesihatan bateri iPhone mereka dan jalan penyelesaian hanyalah menukar bateri pada juruteknik Apple yang rasmi sahaja.

Terkini, dalam iOS 13.1 Apple telah menambah lagi pengehadan untuk pengguna membaiki salah satu bahagian pada iPhone. Kali ini, adalah skrin. Jika skrin tidak asli dikesan pada pada iPhone, iOS akan memberi amaran yang skrin yang digunakan bukanlah skrin asli. Bukan itu sahaja, melalui skrin tidak asli ini banyak fungsi mungkin tidak boleh digunakan seperti – True Tone, kecerahan skrin, kejituan warna, Night Shift, atau juga Haptic Touch. Menurut Apple, hanya skrin asli sahaja yang telah dilaraskan agar sesuai dan boleh menggunakan ciri-ciri eksklusif tadi.

Kemudian, ada kemungkinan besar yang pengguna akan menerima notifikasi memberitahu “Apple has updated the device information for this iPhone.” Buat masa ini, hanya barisan iPhone 11 sahaja yang menyokong amaran ini dan Apple mencadangkan jika ingin tukar skrin – tukar dengan juruteknik yang diiktiraf Apple.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.