iOS 13.2.2 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Aplikasi Kerap Disegar Semula

Kemas kini iOS 13.2 diberikan minggu lalu lengkap dengan pengaktifan sistem Deep Fusion pada kesemua model iPhone 11. Menerusi fungsi ini gambar yang lebih jitu dan tajam dapat diambil menggunakan kamera peranti. Namun begitu ia mewujudkan fungsi baharu yang tidak diminta iaitu aplikasi disegar semula secara agresif oleh sistem operasi.

Sekiranya anda antara ribuan pengguna yang mengalami masalah ini, sila muat turun kemas kini iOS 13.2.2 sekarang., Menerusi kemas kini bersaiz 133.7MB ini, masalah aplikasi yang disegar semula selepas hanya menukar ke satu aplikasi lain akan dapat diselesaikan. Selain itu ia turut menampak pepijat yang mengakibatkan perkhidmatan selular dan data terhenti seketika secara rawak. Untuk menerima kemas kini ini sila pergi ke skrin tetapan peranti. Selamat menampal.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.