iPad 10.2 Inci Baharu Disahkan Hadir Dengan 3GB RAM

iPad 10.2 inci dilancarkan serentak dengan tiga model iPhone 11 pada 11 September yang lalu. Ia adalah iPad asas pertama yang hadir dengan sambungan Smart Connector yang membolehkan pelbagai aksesori seperti papan kekunci digunakan dengan lebih mudah. Seperti biasa Apple tidak mendedahkan spesifikasi RAM dan bateri pasca pelancaran.

Tetapi semalam iFixit telah melakukan pembongkaran peranti dan misteri mula terjawab. iPad 10.2 inci dilengkapi 3GB RAM dan adalah peningkatan dari 2GB pada iPad generasi ke-enam. Sungguhpun dilengkapi skrin yang lebih besar, bateri 8227 mAh yang sama digunakan semula. Tablet ini telahpun dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM1449.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.