iPad Pro 2018 Dilaporkan Menyokong Face ID Secara Mendatar Dan Apple Pencil 2

Terdapat banyak ura-ura mengenai iPad Pro 2018 yang mungkin dilancarkan bulan ini. Antara yang telah kami laporkan ialah ia akhirnya akan menyokong sistem Face ID, rekaan skrin berbingkai nipis dan  menggunakan port USB-C. Beberapa lagi fungsi baharu mungkin akan diperkenalkan pada tablet ini menurut laporan 9to5Mac.

Pertama sekali sistem nyahkunci Face ID boleh digunakan pada posisi mendatar. Pada iPhone X, XS dan XS Max peranti perlu dipegang menegak untuk menggunakannya. Dengan adanya sokongan mendatar, pengguna tidak perlu mengubah posisi iPad semata-mata untuk menyahkunci. Ini juga bermakna tiada lagi butang home fizikal digunakan.

Keduanya ialah ia akan hadir dengan Apple Pencil 2. Perbezaan paling ketara ialah ia boleh ditambat kepada iPad tanpa perlu dicucuk kepada port Lightning terlebih dahulu. Ia dipercayai dilengkapi cip Apple W1/W2 yang membolehkan peranti mengesan kehadiran Apple Pencil 2 secara automatik seperti yang digunakan pada AirPods dan fon kepala Beats.

Ketiga iPad Pro 2018 akan dilengkapi port USB-C bagi membolehkan sambungan ke monitor 4K. Pengguna kemudian boleh mengawal resolusi, warna dan sokongan HDR pada monitor terus dari iPad Pro. Sekiranya laporan ini adalah tepat, iPad juga akan menerima kemaskini rekaan yang drastik sejak diperkenalkan pada tahun 2010.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.