iPad Pro Baru Dilaporkan Akan Hadir Dengan Ciri Face ID, USB-C, Dan Sokongan Output Video 4K

Desas-desus mengenai iPad Pro baru daripada Apple bukan sesuatu yang baru. Hari ini, laporan baru hadir – yang mana selari dengan ketirisan beberapa info sebelum ini berkenaan dengan iPad Pro baru.

Apple iPad Pro baru dijangka hadir dengan rekaan skrin lebih meluas dan tidak menyertakan sebarang butang Home. Ini sekaligus akan membuatkan ciri Face ID diintegrasikan pada tablet keluaran Apple berkenaan untuk tujuan nyah-kunci dan pengesahan.

Hal ini dilihat selari dengan penggunaan Face ID pada semua telefon pintar iPhone terbaru yang telah diumumkan Apple pada bulan lepas.

Disamping itu, iPad Pro turut dikatakan akan mengintegrasikan port USB-C – sekaligus menyokong kebolehan output video pada resolusi 4K ke skrin paparan lain.

Dengan penggunaan jenama “Pro”, ia sekaligus akan mengintegrasikan ciri input berasaskan Apple Pencil pada tablet berkenaan.

Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro baru sebelum penghujung tahun ini – berkemungkinan bersama-sama Mac baru.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.