iPhone 11 Menerima Potongan Harga Di China Bagi Merangsang Jualan Pasca Wabak

Bandar Wuhan dibuka semula minggu ini selepas di bawah kuarantin selama 72 hari. Halangan pergerakan ditarik selepas tiada lagi laporan jangkitan baharu tempatan dilaporkan di China. Dengan kehidupan kembali kepada normal, ketiga-tiga model iPhone 11 mula ditawarkan pada harga istimewa bagi merangsang semula jualan pasca wabak.

Apple iPhone 11Menurut laporan Reuters, potongan harga ditawarkan oleh laman atas talian seperti JD.com, Tmall dan Suning sejak hari ini. Misalnya iPhone 11 64GB menerima potongan sehingga RMB 500 (~RM300) manakala iPhone 11 Pro Max 64GB menerima potongan sehingga RMB 1600 (~RM980). Kesemua peranti ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding yang ditawarkan menerusi laman rasmi Apple.

Ini bukan kali pertama harga iPhone menerima potongan bagi merangsang jualan. Pada tahun 2017 harga jualan iPhone 8 menerima potongan 20% kerana jualan peranti merudum selepas menerima saingan yang sengit dari pengeluar tempatan seperti Oppo, Huawei dan Xiaomi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*