iPhone 12 Mungkin Boleh Merakam Video 4K 240FPS

Kita sudah hampir ke bulan Julai dan semakin hampir kepada pelancaran iPhone 12.Sebelum ini kebanyakan maklumat yang tertiris adalah mengenai rekaan peranti sahaja tetapi hari ini sedikit berlainan kerana ura-ura mengenai kemampuan kamera pula diketahui. Menurut ciapan @Pineleaks, terdapat kemungkinan iPhone 12 kelak mempunyai kemampuan rakaman video pada resolusi 4K 240FPS.

Mod rakaman pada resolusi dan kadar bingkai sesaat yang tinggi ini ditemui di dalam iPhone 14 Beta. Peranti mungkin boleh merakam video 4K 120FPS dalam mod biasa dan 4K 240FPS pula adalah untuk rakaman gerak perlahan. Sokongan ini sekali lagi menguatkan ura-ura iPhone 12 kelak akan dilengkapi skrin ProMotion 120Hz seperti yang digunakan pada iPad Pro.

Mungkin mod ini akan hanya disokong pada mod Pro sahaja. Tiga model iPhone 12 dipercayai akan dijual tahun ini lengkap dengan sokongan 5G. Apa yang menjadi misteri ialah bagaimana prestasi baterinya kelak. Kesemua peranti Android dengan skrin 120Hz tahun ini mempunyai ketahanan bateri yang mengecewakan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*