iPhone pada masa kini menawarkan rekaan skrin bertakuk yang menyertakan sensor untuk Face ID. Terbaru, melalui laporan penganalisa popular Ming-Chi Kuo, ia diperkatakan Apple akan beralih daripada rekaan skrin bertakuk kepada skrin berlubang menjelang 2022 kelak.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan rekaan skrin bertakuk melalui iPhone X yang lepas. Sejak daripada itu, pelbagai generasi baru telah hadir dengan rekaan skrin bertakuk berkenaan yang menyertakan sensor dan juga kamera hadapan.

iPhone 12

Bergerak kehadapan, pada 2022, Apple menyasarkan untuk menggunakan rekaan skrin berlubang – lebih kurang seperti pada telefon mercu Samsung masa kini.

Apple turut dikatakan bakal menambah-baik kamera hadapan pada iPhone 14 kelak, dengan sokongan autofokus.

Dengan perubahan ini, kita juga mungkin melihat sedikit perubahan pada rekaan iPhone 14 pada tahun hadapan kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.