iPhone 2020 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Paparan ProMotion 120Hz

Apple pada sebelum ini telah menawarkan paparan ProMotion 120Hz pada siri iPad Pro, dalam memberi kesan pergerakan yang lebih lancar berbanding paparan 60Hz. Melalui informasi yang tertiris ke arena web, Apple dijangka akan menawarkan fungsi yang serupa pada iPhone 2020.

Melalui perkongsian daripada @UniverseIce, Apple akan menyertakan fungsi ini dengan kebolehan kadar segar semula yang boleh diubah. Ia bakal membolehkan pengguna memilih tetapan 60Hz untuk penggunaan yang lebih mesra tenaga, atau 120Hz untuk menikmati paparan skrin yang lebih lancar.

Beliau juga mengatakan bahawa Apple sedang dalam perbincangan bersama Samsung dan LG untuk membolehkan paparan AMOLED hadir dengan kebolehan ini. Pada sebelum ini, ASUS telah berjaya membawa paparan 120Hz pada skrin AMOLED – menerusi perkenalan ASUS ROG Phone II. Pada peranti ASUS tersebut, ia turut mempunyai tetapan kadar segar semula yang boleh diubah, iaitu dengan pilihan 60Hz, 90Hz, atau 120Hz.

Dengan pengumuman ini, iPhone 2019 mungkin akan membawa penambah baikan seumpama model “S” kerana Apple menyimpan fungsi utama ini untuk iPhone keluaran 2020. iPhone 2020 juga dilaporkan akan membawa keupayaan 5G, sokongan kamera ToF, dan bakal menggunakan cip berasaskan 5nm.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.