iPhone 2020 Dilaporkan Akan Menggunakan Cip 5nm Dan Menyokong Rangkaian 5G

Tahun ini tiga model iPhone 11 dilancarkan tanpa sebarang sokongan rangkaian 5G. Tidak seperti pengeluar lain, Apple masih melihat tiada sebab untuk melancarkan peranti 5G kerana teknologi ini masih lagi baharu. Tetapi menurut laporan dari Nikkei, tahun hadapan kesemua ini akan berubah.

iPhone 2020 dipercayai akan menggunakan modem 5G Qualcomm X55 dan juga cip A14 yang dihasilkan menggunakan teknologi 5nm. Cip A13 Fusion tahun ini masih lagi dihasilkan menggunakan teknologi 7nm tetapi dengan mudah mengalahkan cip terbaik keluaran Qualcomm, Samsung dan Huawei. Selain itu Apple turut dikatakan akan akhirnya mempertingkat kemampuan realiti terimbuh (AR) pada peranti mereka.

Walaupun ARKit diperkenalkan tahun lalu, implementasinya pada peranti keluaran Apple masih lagi agak terhad kepada permua terpilih serta melihat model 3D peranti ketika melayari laman Apple. Kerana penggunaan teknologi 5G kelak, jangan terkejut jika harga jualan iPhone tahun hadapan akan melonjak sekali lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.