iPhone Dan iPad Pro Keluaran Akan Datang Bakal Dilengkapi Dengan Teknologi Antena Baru

Apple sedia menggunakan bahan berasaskan liquid crystal polymer (LCP) untuk iPhone keluaran tahun lalu seperti iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR. Namun untuk iPhone keluaran akan datang, Apple dijangka akan menukar bahan binaan ini untuk kebolehan rangkaian yang lebih baik.

Menurut penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo, Apple bakal menggunakan bahan modified-PI (MPI) pada iPhone keluaran 2019. Antena berasaskan LCP dipercayai mengehadkan prestasi frekuensi radio (RF) pada iPhone – disebabkan daripada kekangan teknologi dan isu penghasilannya.

Dengan penggunaan antena berasaskan MPI, ia membolehkan RF dapat beroperasi dengan lebih baik, selain dapat memudahkan penghasilan dan mengurangkan kos pembinaan alatan ini.

Walau bagaimanapun, LCP dijangka akan dijadikan bahan utama untuk antena 5G pada iPhone keluaran 2020. Kuo percaya bahawa isu yang mengehadkan prestasi RF daripada LCP ini dapat diatasi pada saat itu.

Selain info mengenai antena iPhone, Kuo juga mengatakan bahan berasaskan LCP ini akan digunakan pada iPad Pro keluaran akan datang – yang dijangka akan hadir pada akhir suku ke-empat tahun ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.