Berita Menarik

iPhone Dengan Sokongan Dwi-SIM Disahkan Oleh Syarikat Telekomunikasi China

Pembaca : 11
0 0

Kami laporkan beberapa minggu yang lalu bahawa iPhone XC akan akhirnya menyokong penggunaan dwi-SIM. Menurut beberapa khabar angin yang didengari, model dengan dwi-SIM ini hanya akan dipasarkan di China sahaja buat masa ini. Ura-ura nampaknya disahkan sendiri oleh China Telecom dan China Mobile menerusi dua imej yang dimuat naik ke laman media sosial mereka.

Di dalam imej di atas, ia mengesahkan penggunaan dwi-SIM pada iPhone kelak. Imej kedua di bawah pula menunjukkan dua SIM pada sebuah epal. Hanya iPhone XC dengan skrin 6.1-inci dipercayai akan menyokong dwi-SIM. Di China fungsi ini semakin menjadi standard dan menyebabkan pengguna memilih peranti keluaran tempatan yang menawarkannya. Kami yakin ramai peminat Apple turut mahukan fungsi yang sama untuk iPhone yang dipasarkan di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.