iQOO Neo5 akan menjadi peranti terkini daripada jenama berkenaan dan ia akan diperkenalkan di China pada 16 Mac hadapan. Hari demi hari, semakin banyak maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang dikongsi. Antaranya termasuklah – telefon pintar ini disahkan hadir dengan cip Snapdragon 870, storan berasaskan UFS 3.1 dan pengecasan pantas 66W yang juga menyokong PD 45W.

Dalam perkembangan terkini, maklumat berkaitan skrin pula mula dikongsi. Di mana, ia bakal menggunakan skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini turut menyokong paparan kandungan HDR10+, kadar persampelan sentuhan segera 1000Hz dan nilai kecerahan setinggi 1,300 nits. Selain daripada itu, iQOO turut mengatakan bahawa mereka turut akan menggunakan teknologi Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC) untuk skrin telefon pintar ini.

Turut kelihatan, iQOO Neo5 akan mempunyai paparan hadapan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto dengan lensa tunggal. Meskipun begitu, iQOO masih belum mendedahkan saiz paparannya secara khusus. Dengan ketirisan seperti ini, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.