IRL Glasses Menghalang Skrin LED Dan LCD Dari Dilihat Bagi Merawat Ketagihan Digital

Ketagihan digital ialah masalah baharu yang semakin tenat kerana ramai memiliki peranti pintar. Ini adalah sebab mengapa Android dan iOS kini mempunyai mod yang menunjukkan jumlah masa yang dihabiskan menggunakan peranti. Tetapi ia masih tidak menghalang pengguna dari terus menghabiskan masa menggunakan peranti. Bagi mereka yang ingin mengambil langkah drastik, mereka boleh mencuba IRL Glasses.

Lensa pada IRL Glasses akan menghalang mata pemakai dari melihat kesemua jenis skrin LCD dan LED. Skrin-skrin akan kelihatan gelap sekaligus memaksa pengguna untuk tidak menggunakan peranti berskrin LCD seperti televisyen. Tiada bateri diperlukan untuk beroperasi. Sebaliknya lensa polaroid biasa digunakan untuk menghalang satah cahaya dari skrin LED dan LCD.

Buat masa ini IRL Glasses hanya boleh menghalang skrin pada televisyen, komputer riba dan papan iklan digital. Telefon pintar masih belum boleh dihalang tetapi sedang dibangunkan. Kaca mata ini masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga $49 (~RM 204) sepasang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.