Sejak tahun 2013, Samsung mengeluarkan sensor keluaran sendiri di bawah penjenamaan ISOCELL. Menerusi teknologi ISOCELL penghalang diletakkan di antara pixel pada sensor untuk mengelakkan cahaya memasuki pixel yang bersebelahan. Ini boleh mengakibatkan gambar yang kurang tajam.

Hari ini selepas hampir sedekad, ISOCELL 2.0 diumumkan yang menurut Samsung meningkatkan lagi ketajaman imej yang diambil menggunakan sensor keluaran mereka. Penghadang logam yang digunakan digantikan dengan penghadang dari bahan baru yang tidak menyerap cahaya.

Bahan yang lebih membalikkan cahaya digunakan sekaligus menyelesaikan masalah cahaya yang diserap ini. Oleh itu imej yang semakin tajam, dengan warna lebih tepat dan kurang hingar boleh diambil oleh sensor.Pada waktu ini Samsung tidak mengatakan sensor manakah yang akan menjadi yang pertama menggunakan teknologi ISOCELL 2.0.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.