Jabra sedia terkenal dengan penawaran rangkaian produk aksesori audio yang menarik pada segmen berbeza. Terkini, mereka dilihat mengemas kini rangkaian produk mereka untuk pengguna di Malaysia dengan memperkenalkan Jabra Evolve2 30. Pengenalannya sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna – terutamanya mereka yang mencari fon kepala untuk penggunaan professional seperti telesidang dan sebagainya.

Apa yang menariknya, penawaran untuk kali ini dilihat lebih mampu milik – di mana, anda boleh mendapatkannya pada harga bermula di bawah RM500. Terdapat dua model yang ditawarkan – iaitu Evolve2 30 Mono berharga RM480, sementara itu iaitu Evolve2 30 Stereo pula pada RM550. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya bermula hari ini menerusi pengedar sah Jabra di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Jabra Evolve2 30 dilengkapi dengan teknologi 2 mikrofon yang mampu menangkap audio dengan lebih jelas. Selain itu, ia juga mampu memberikan kualiti audio yang baik menerusi pemandu bersaiz 28mm. Dalam pada itu, ia juga hadir dengan rekaan serba baharu bersama butang fizikal khusus untuk kawalan sejumlah fungsi. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan USB-C dan USB-A untuk sambungan ke peranti berbeza lebih mudah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.