Jack Dorsey, pengasas Twitter kini menawarkan ciapan pertama beliau yang dihantar pada tahun 2006 dalam bentuk NFT. NFT atau nama penuhnya non fungible token (token tidak boleh berbaur) ialah kegilaan terkini atas talian yang menggunakan rantaian blok dan kriptowang Etherium sebagai asasnya.

Ciapan pertama yang anda boleh lihat di atas dijual lengkap dengan tanda tangan digital dari Jack Dorsey yang mengesahkannya adalah asli dan satu-satunya ditawarkan dalam bentuk NFT. Kerana ia satu-satunya ditawarkan dalam bentuk NFT di dunia, ia kini mempunyai nilai khasnya yang tersendiri.

Setelah tawaran dibuka selama dua hari di laman Valuables, NFT ciapan pertama Twitter ini telah mencapai nilai $2.5 juta. Pemiliknya kemudian mempunyai hak ke atas edisi digital ini selama-lamanya dan kemudian boleh menjualnya seperti sekiranya perlu.

NFT mula mendapat perhatian ramai kebelakangan ini selepas artis menjual karya digital mereka dalam bentuk NFT. Grimes yang juga teman wanita Elon Musk menjuak video beliau dalam bentuk NFT dan berjaya menjana $6 juta. Kumpulan muzik Kings of Leon pula menawarkan tiket emas kepada peminat dalam bentuk NFT yang memberikan akses kepada kesemua konsert mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.