Jaguar Land Rover Membangunkan Sistem Infohibur Nirsentuh

Sepanjang tempoh PKP, restoran makanan segera menghentikan penggunaan sistem memesan makanan menerusi skrin sesentuh. Ini adalah kerana ia dilihat boleh menjadi sumber penyebaran virus Covid-19 dan perlu dinyahkuman dengan kerap. Walaupun situasi Covid-19 kini semakin terkawal, usaha membangunkan sistem infohibur kenderaan nirsentuh masih diteruskan.

Jaguar Land Rover dengan kerjasama Universiti Cambridge telah mengumumkan pembangunan sistem infohibur nirsentuh untuk kenderaan mereka. Sistem nirsentuh ini menggunakan sensor kamera, frekuensi radio dan penjejak mata di dalam kabin untuk mengagak apakah yang ingin dipilih oleh pengguna pada skrin.

Selain mengelakkan skrin yang kotor disentuh, sistem ini juga diharap dapat mengurangkan kemalangan akibat perhatian pengguna terganggu ketika menggunakan sistem infohibur. Selain penggunaan di dalam kenderaan, Jaguar Land Rover juga melihat penggunaannya pada mesin ATM, pasar raya dan mesin membeli tiket di masa terdekat. Dengan dunia yang masih bertarung dengan pandemik, sistem seperti ini dapat mengurangkan sentuhan yang menjadi penyebab virus disebarkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*