Jaguar Land Rover Sedang Membangunkan Dompet Digital – Dapatkan Kriptowang Sambil Melaporkan Keadaan Trafik

Jaguar Land Rover ialah syarikat pembina kenderaan daripada UK yang terkenal untuk kenderaan-kenderaan seperti Jaguar dan Land Rover. Kenderaan-kenderaan ini boleh dikatakan berada pada kategori kenderaan premium, dan sering hadir dengan teknologi-teknologi baru daripada syarikat tersebut.

Terkini, Jaguar Land Rover dilaporkan sedang membangunkan dompet digital yang boleh digunakan oleh pemandu untuk menyimpan kriptowang IOTA apabila pemandu kenderaan-kenderaan ini melaporkan butiran-butiran data yang berguna seperti kesesakan lalu lintas ataupun lubang-lubang di jalanraya kepada kerajaan tempatan.

Kriptowang yang disimpan melalui dompet digital ini pula boleh digunakan untuk membayar tol, parkir ataupun pengecasan eV. Buat masa ini, satu token IOTA ini dikatakan bernilai 27 sen matawang Amerika.

Buat masa ini, dompet digital ini sedang diuji pada kenderaan-kenderaan seperti Jaguar F-PACE dan Range Rover Velar. Syarikat Jaguar Land Rover tidak menyatakan lagi bilakah dompet digital ini akan tiba secara umum, mahupun kenderaan-kenderaan lain yang akan menggunakannya buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.