TechSemut Malaysia

Jam Pintar untuk Gaya hidup Sihat

Jam Pintar untuk Gaya hidup Sihat

Jam Pintar untuk Gaya hidup Sihat
April 16
03:38 2016

Jam pintar untuk gaya hidu sihat , agak pelik kan bila penulis memberi tajuk sedemikian . Hari ini techsemut ingin berkongsikan tentang fungsu-fungsi yang tedapat pada jam pintar yang berada di pasaran bagi membantu anda menjalankan kegiatan harian dalam gaya hidup yang lebih sihat . Sebenarnya mungkin anda tertanya apa kaitanya jam pintar dengan kesihatan . Seperti pemahaman semua sebuah jam hanya di gunakan bagi mengetahui waktu dan tarikh . Tetapi tidak pula kita terfikir bahawa ia akan menjadi gajet bagi mengukur tahap kesihatan dan gaya hidup kita .

Terdapat banyak jenama dan model jam pintar berada di pasaran ketika ini . Harga juga berbeza mengikut reka bentuk , jenama dan fungsi bersamanya. Angaran harga sebuah jam pintar di pasaran ketika ini adalah dalam lingkungan RM 600 – RM 1900  dan kebanyakan nya mempunyai fungsi yang akan penulis kongsikan di bawah. Fungsi-fungsi ini dapat menjadikan alat untuk anda mengetahui tahap kesihatan dan aktiviti harian anda.

berikut adalah fungsi-fungsi dan faedah daripada fungsi tersebut terutamanya pada anda yang bekerja di pejabat seharian dan kurang bersenam mungkin dengan adanya gajet ini dapat mengubah dan anda sendiri dapat melihat rekod aktiviti anda.

Pemeriksaan nadi/Jantung

Jika anda benar-benar serius dalam penjagaan jantung dan kesihatan anda . Fungsi ini amat berguna . Kini anda boleh memantau pergerakan nadi dan jantung anda 24 jam . Jika sebelum ini anda terpaksa di pantau kadar jantung dan nadi anda hanya di hospital kini ia boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah . Malah laporan yang terhasil dari fungsi ini boleh di bawa ke hospital untuk semakan Pegawai perubatan bagi memastikan jantung anda berada dalam keadaan yang baik .

Pengiraan tapak berjalan

Berapa jauh anda melangkah ? dan berapakah kalori yang akan di ambil kira nanti bagi setiap langkah ? fungsi ini akan merekodkan setiap langkah anda . Anda juga boleh menetapkan pada sistem pada jam berapakah sasaran yang anda ingin buat . Dengan itu sistem akan mengira jumlah pembakaran kalori anda seharian dan dengan maklumat itu anda boleh mengawal pemakanan yang perlu anda ambil dengan aktiviti tanpa bersukan anda.

Pengiraan kalori yang digunakan

Semua aktiviti anda sama ada sukan/berjalan dan naik turun tangga akan di kira dan jumlah kelori yang telah di bakar akan di rekodkan . Kini anda boleh tahu adakah anda makan untuk tenaga atau mengikut nafsu dengan makan berlebihan

 

Pengiraan Naik Tangga/Bukit

selain merekodkan jumlah anda berjalan , jam ini juga mampu merekodkan jumlah anda menaiki dan menuruni tangga dan bukit .

Rekod Tidur Anda

Jam pintar juga mampu merekodkan jumlah tidur anda malah dapat merekodkan kualiti tidur anda sama ada nenyak atau tidak . Sekarang anda mampu memantau jumlah tidur seharian anda sama ada cukup atau tidak bagi memastikan anda cukup sihat .

fungsi Senaman

Fungsi senaman boleh di gunakan semasa senaman , anda boleh menetapkan jenis senaman yang anda sedang buat seperti berlari/joging , menunggang basikal dan sebagainya. Jam akan mengira jarak , masa dan jumlah pembakaran kalori senaman anda .

Sistem Pemakluman 

Screen Shot 2016-04-16 at 11.09.30 AMFungsi seperti talifon pintar anda bezanya ia terletak di tangan anda sentiasa . Anda akan di maklumkan pesanan yang sampai , talian masuk dan lain-lain apabila peranti ini bersambung dengan talifon pintar anda.

Fungsi gegaran mengejut 

Fungsi yang amat penulis suka , Jam ini akan mengejut anda dengan membuat getaran setiap pagi . Anda akan terjaga kerana ianya seperti seorang ibu mengerakkan tangan anda untuk bangunkan anaknya . Namun anda perlu mengunakan jam anda semasa anda sedang tidur . Mungkin pada awalnya ianya kurang selesa namun lama kelamaan pasti anda akan terbiasa.

GPS mengira jarak

Screen Shot 2016-04-16 at 11.10.00 AMFungsi ini akan mengirakan jarak anda bersenam dan sebagainya dengan lebih tepat . Berapa kilometer anda telah berlari atau berbasikal . Ia digunakan bersama fungsi senaman.

 

Jam dan tarikh

Fungsi  jam tradisional ,  iaitu untuk anda mendapatkan maklumat hari dan waktu

Fungsia padam skrin auto

Fungsi ini adalah bagi menjimatkan pengunaan bateri jam pintar anda. Jam akan memaparkan skrin apabila anda menghalakan jam pada muka anda maka skrin paparan akan terbuka . Jika tidak ia akan menutup skrin paparan .

Aplikasi Mobile dan Web 

Screen Shot 2016-04-16 at 11.09.08 AMAplikasi  di sediakan untuk merekodkan semua maklumat anda . Semua maklumat ini anda akan di paparkan dalam bentuk gambarajah yang menarik yang mudah untuk di analisa dan digunapakai sekiranya perlu . Aplikasi ini didatangkan percuma pada anda dan anda hanya perlu memasang. Fungsi lain aplikasi ini adalah digunakan bagi mengemaskini framware jam anda.

 

 

 

Terdapat banyak lagi fungsi berbeza mengikut jenama dan harga yang anda bayar . Di bawah ini video iklan 7 jenama yang terbaik di pasaran ketika ini

About Author

hasnan

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Related Articles

2 Komen

  1. Amar
    Amar April 20, 01:54

    Macam saya gunakan fitbit harga murah sikit dari yang lain tapi fungsi kebanyakan nya ada

    Balas komen ini
  2. umar
    umar April 16, 05:25

    Rekemen sikit mana murah dan ada fungsi2 kat atas

    Balas komen ini

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com