Pada minggu lepas, kita telah mendengar mengenai OnePlus yang bekerjasama dengan pihak Google untuk hadir dengan Wear OS yang lebih dioptimasikan, dan bakal digunakan pada OnePlus Watch.

Terbaru, Pete Lau bercakap lanjut mengenainya, dan mengesahkan ia bakal diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah yang dikategorikan dengan “awal”. Berkemungkinan besar kita akan melihat OnePlus memperkenalkan ia bersama peranti mercu OnePlus 9 yang dijadualkan sekitar bulan Mac kelak.

Dengan fokus OnePlus yang kini mempelbagaikan penawaran mereka, kita juga mungkin melihat produk daripada kategori lain diperkenalkan OnePlus pada 2021 kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.