Jana Pendapatan dengan youtube

Jika anda ini seorang yang berkongsi video atau mungkin anda mempunyai kriativiti di dalam membuat video menarik dan sebagainya. Maka ini berita gembira untuk anda. Program dari google ini telah lama di perkenalkan sebenarnya , cuma sebelui ini ia tidak menyokong pengguna malaysia dan bahasa malaysia untuk kandungan videonya.

Memandangkan makin banyak syarikat tempatan kini mengunakan kemudahan google sebagai ruang iklan mereka makan kini google telah menyokong sepenuhnya kandungan tempatan . Dan yang pastinya kandungan tempatan ini akan lebih tertumpu kepada iklan tempatan .  Jika dulu untuk mendapatkan pendapatan dari iklan google agak sukar bagi pengguna adsense malaysia , Kini ianya tidak lagi perolehan iklan bertambah dari hari ke hari. Cuma bezanya mungkin kos dah harga di bayar setiap iklan lebih murah dari iklan luar negara seperi dari eropah dan US.

Sebelum anda boleh menjana pendapatan anda terlebih dahulu perlu menjadi “Partner bagi  youtube.

y1

Contoh Akaun yang telah disahkan google.

Setelah mendapat pengesahan sebagai youtube partner . Kini anda boleh mengaktifkan sambungan akaun adsens anda dengan youtube . Selain itu anda juga digalakan mengaktifkan muat naik lebih dari 15 minit .  Terdapat beberapa fungsi yang masih tak di sokong untuk pengguna youtube malaysia seperti google red dan kandungan berbayar. Kita tunggu sahaja pengumuman gogle untuk kemudahaan ini di sediakan pada pengguna malaysia.

 

y2

Menu sambungan ke google adsense

Setelah berjaya anda membuat tetapan di atas, Jangan lupa untuk upload video anda. Setiap video perlulah mendapat pengesahan dari google dahulu sebelum ianya boleh menjana pendapatan . Jika mereka dapati video anda mengandungi kandungan melangar hakcipta maka video anda akan di maklumkan untuk mengemukakan bukti pengesahan menyatakan anda mendapat kebenaran untuk menyebarkan video tersebut. Jika dalam masa yang di berikan tiada jawapan , maka secara auto video anda ini akan di ambil tindakan seperti berikut

  1. Disekat di negara yang memunyai hak cipta.  dan Meter pelangaran hakcipta anda akan naik . jika meter hakcipta anda melebihi had yang di tetapkan anda akan di sekat terus dari mengunakan kemudahan youtube ini.
  2. Video masih boleh di lihat dan tiada pelangaran hak cipta namun hasil dari video tersebut akan di bayar kepada pemunya hak cipta. Anda tak dapat apa selain dari like .
y4

Contoh di kanan status video yang dipakarkan .

Setelah video anda di sahkan “bersih” maka kini anda boleh menjana pendapatan dengan klik menu seperti di bawah. Menu ini akan anda dapat lihat dengan menklik butang ‘edit’ pada  video anda.

y5

Akhir kata , Nasihat saya pada anda semua . Jangan nak cepat “kaya” dengan melangar peraturan yang di tetapkan . Mungkin anda mendapat hit dan like tinggi tetapi jika akaun anda di bekukan maka selepas itu tiada peluang ke dua pada anda.  Antara tips-tips yang di berikan oleh pihak google dan oleh individu-individu yang sudah berjaya adalah

  1. Pastikan kadungan anda sentiasa di kemaskini. Buat video yang boleh menarik penguna internet.
  2. Tentukan kumpulan sasaran  anda. Selalunya video ‘how to’ mendapat hit yang tinggi kerana kerap ia menjadi carian yang tinggi contoh seperti DIY , dll aktiviti yang mampu membantu orang lain.
  3. Ingat , jika anda memberi anda menerima lebih lagi . Jika anda berkongsi pasti perkongsian bernilai itu mendapat tempat .

Selamat mencuba, dan jangan lupas share laman ini pada kawan-kawan anda . Ilmu kita kena kongsi .. Jika ramai yang berminat akan penulisan saya sebegini , maka lebih bersemangat saya ingin berkongsi ilmu Internet bersama.

 

Write a Comment

view all comments

*