Olympus menarik dari dari pengeluaran kamera selepas menjual perniagaan ini kepada Japan Industrial Partners. Bagi peminat kamera keluaran Olympus, antara misteri yang tidak terjawab semasa pengumuman ialah sama ada jenama ini akan diteruskan. Menurut laporan laman 43Rumors, bermula 2021 nama Olympus akan dihentikan pada kesemua produk fotografi.

Sebaliknya produk yang dihasilkan akan menggunakan nama PEN atau OMD sahaja dengan lensa menggunakan nama ZUIKO. Jenama Olympus secara sekaligus pupus pada tahun 2021. Laman 43Rumors mempunyai rekod yang baik dalam meniriskan maklumat dan adalah yang terawal melaporkan tentang pejualan Olympus.

Pada tahun 2021 produk kamera yang dihasilkan akan mempunyai nasib yang sama seperti komputer Sony VIAO selepas ia dijual oleh Sony. Selepas pengambilalihan kesemua produk dijual di bawah jenama baharu VAIO.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.