ink1-380-240Bagi mereka yang meminati bidang percetakan atau ingin mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis ink yang digunapakai bagi membuat cetakan , techsemut ingin berkongsi serba sedikit tentang maklumat ini . Bagi penguna biasa kita hanya tahu satu jenis sahaja ink yang digunapakai pada mesen pencetak kita namun terdapat pelbagai jenis ink di pasaran yang mempunyai kegunaan bagi proses percetakan

1. Dye Ink

Ink jenis ini amat biasa di gunakan oleh mesen perceta anda di rumah mahupun di kilang percetakan kertas . Ink ini yang berteraskan air dan amat mudah di cetak pada kertas . Namun ia tidak sesuai untuk di cetak pada antaramuka yang keras kerana inknya yang berasaskan air akan lambat kering . Selain itu ia amat sesuai untuk percetakan bagi ruangan dalaman sahaja memandangkan ianya tidak tahan hujan dan cahaya matahari. dan mempunyai jangka hayat yang tidak lama.

2. Pigment Ink

Ink jenis ini adalah lebih mahal dari Dye ink . Kelebihan ink ini ia lebih tahan lama dengan molikul-molikul yang lebih kecil .

3. Sublimation Ink

ink pemejawapan ini biasanya di gunakan bagi mencetak kain , seramik dan sebagainya yang mengunakan kaedah tekanan panas . warna dari kertas cetakan ink ini akan di transfer ke kain atau siramik bagi menghasilkan cetakan yg kemas dah tahan lama .

4. Eco solvent Ink

Ink ini adalah jenis bukan air yang cepat kering apabila di cetak pada pemukaan sesuatu benda. Ink jenis ini biasa digunakan dalam proses pencetakan baner , kain rentang dan sebagainya. Memandangkan sifatnya yang cepat kering dan tahan dari sinaran matahari dan air , ink jenis ini tahan lama dan amat sesuai untuk di gunakan di kawasan luar bangunan seperti papan tanda dan sebagainya.

5. UV solvent  ink

Ink jenis ini lebih pantas mengering dari ink jenis eco solvent . Mengunakan lampu uv semasa printing . Ink jenis ini biasa digunakan pada industri cetakan bersekala besar kerana qualiti cetakan , waktu operasi cetakan lebih lama dan mampu mencetak warna putih.

 6. Rubber  ink 

Ink pekat ini adalah PVC cair yang dikenali sebagai Plastisols , biasa digunakan dalam proses cetakan baju dengan mengunakan kaedah silk printing .  Ink jenis ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk kering dan memerlukan anda mengunakan pengering/pemanas supaya memastikan ia cepat kering.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM