Jepun merancang untuk mendarat di bulan pada 2018 dengan roket Epsilon

Agensi aeroangkasa Jepun (JAXA) telah membuat perancangan untuk mendarat ke bulan pada tahun 2018. Misi ini menggunakan kuar tanpa pemandu untuk mengkaji bahan-bahan dan persekitaran di bulan sebelum mendarat misi pada masa akan datang dengan angkasawan.

JAXA akan membuat usulan kepada panel kerajaan Jepun untuk membincangkan tentang persediaan bajet misi ini tahun 2016. Misi ini termasuk melancarkan “Smart Lander” untuk mengkaji keadaan di bulan justeru menjadi cubaan pertama oleh JAXA semenjak 2007 dengan misi ke orbit tanpa pemandu.

 

jaxa_moon_launch-692x389

Misi ini akan dilancar dengan menggunakan roket yang berteknologi tinggi dikenali dengan nama Epsilon.

 

sumber : fareastgizmo