JOI Book 100 Dilancarkan – Ultrabook Dengan Bateri 10000 mAh Pada Harga RM1299

SNS Network sebelum ini telah hadir dengan penawaran peranti mampu milik di bawah jenama JOI, seperti JOI 11 iaitu tablet Windows 10 pada harga RM899. Hari ini, mereka telah hadir dengan JOI Book 100 iaitu ultrabook mampu milik pada harga RM1299.

Sebagai peranti berasaskan ultrabook, ia hadir dengan rekaan senipis 14mm dengan berat peranti hanya 1.3kg. Rekaan skrinnya juga ditawarkan dalam bentuk bezel nipis sekaligus memberikan nisbah screen-to-body yang tinggi.

Ia didatangkan dengan skrin 14-inci IPS pada resolusi Full HD (1920 x 1080), cip Intel Celeron N3450, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 32GB berasaskan eMMC. Ia juga dilengkapi dengan kamera hadapan 2MP, 2 x USB 3.0, 1 x Micro HDMI, 1 x slot microSD, WiFi, Bluetooth 4.0, dan sokongan waranti sehingga 1 tahun.

Untuk memenuhi kegunaan produktiviti anda, ultrabook ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10000 mAh dengan masa penggunaan peranti dari 6 hingga 8 jam.

Menariknya, ultrabook ini turut membolehkan pengguna menambah storan M.2 SATA SSD dengan memasangnya secara berasingan.

Peranti ini boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan emas, yang mana boleh didapati pada harga RM1299 melalui pengedar-pengedar rasmi SNS Network.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.