Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilihat telah membuka bidaan untuk nombor plat kenderaan dengan mulaan “KFC” sehingga esok, 17 Februari 2021.

Dengan penawaran ini, orang ramai boleh mendapatkan nombor plat kenderaan dengan jenama yang sedia sinonim dikalangan ramai pengguna, iaitu restoran KFC. Pendaftaran nombor plat bergerak secara berperingkat satu demi satu huruf ke hadapan, dan kebetulan di Kedah, ia kini telah tiba ke pendaftaran nombor plat KFC.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan bidaan untuk nombor plat ini dengan melayari laman JPJ eBid hari ini. Selain laman web, anda juga turut boleh membidanya melalui aplikasi rasmi JPJeBid.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.