JPJ Umum Kebolehan Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor Motosikal Dan CDL Secara Atas-Talian

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini mengumummkan yang mana pengguna boleh melakukan pembaharuan lesen secara atas-talian melalui sistem myEG.

Untuk peringkat permulaan, JPJ menyokong pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal secara atas-talian melalui myEG bermula 9 Oktober 2020 ini. Ciri ini disokongn untuk kenderaan persendirian sahaja.

Selain itu, pengguna turut boleh membaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) bermula 16 Oktober 2020 secara atas-talian menggunakan platform myEG juga.

Dengan langkah ini, ia  terus memperlihatkan langkah kerajaan dalam mendigitalkan perkhidmatan, selain mengelak perkhidmmatan terganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat PKP dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*