Angka jualan peranti pada suku pertama 2017 dikeluarkan oleh Gartner hari ini. Jualan Apple menunjukkan sedikit penurunan berbanding suku yang sama tahun lalu. Sedikit merisaukan bagi Apple ialah jualan peranti oleh pesaing dari China seperti Huawei, Oppo dan Vivo pula menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Samsung masih kekal di tangga pertama dengan pegangan 20.7% pasaran. Ini adalah penurunan dari 23.3% tahun lalu sungguhpun jualan peranti meningkat hampir 3 Juta unit. Apple di tangga kedua dengan 13.7% diikuti oleh Huawei (9%), Oppo (8.1%) dan Vivo (6.8%). Apple adalah satu-satunya syarikat yang menunjukkan penurunan jualan dikalang lima pengeluar peranti terbesar di dunia.

Ancaman dari syarikat dari China ini mungkin mendorong kepada peningkatan pengiklanan sejak setahun kebelakangan ini. Papan iklan iPhone semakin banyak dilihat di Kuala Lumpur. Mereka juga mengemaskini laman mereka semalam untuk menarik pengguna Android untuk berhijrah ke iOS.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.