Jualan pertama untuk Xiaomi Mi 11 yang dijadualkan bermula hari Sabtu ini telah ditunda ke suatu tarikh baharu iaitu pada minggu hadapan, 20 Mac 2021. Maklumat ini diperoleh menerusi perkongsian hantaran Xiaomi menerusi laman Facebook rasmi, sebentar tadi. Oleh itu, mana-mana pelanggan yang telah membuat pra-tempahan untuk Xiaomi Mi 11 sebelum ini , mereka hanya akan menerima peranti pada hari berkenaan.

Dalam pada itu, Xiaomi turut memaklumkan bahawa setiap pembelian yang dibuat ketika hari jualan pertama iaitu pada 20 Mac kelak akan didatangkan dengan Mi True Wireless Earphones 2 Basic (RM139) secara percuma. Namun begitu, ia hanya terhad untuk 3,500 orang pembeli terawal sahaja. Kemudiannya, seramai 100 pelanggan bertuah pula berpeluang untuk memenangi set AIoT Xiaomi yang bernilai RM1,356.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.