Telekom Malaysia kini mengumumkan mereka telah mengesan satu insiden kabel putus yang mengakibatkan gangguan sambungan kepada pelanggan Unifi dan juga Streamyx. Ia dikatakan lebih dari satu kabel utama mengalami kerosakkan.

Menurut TM, antara kawasan yang terkesan dengan gangguan ini adalah termasuk di Pantai Remis, Sitiawan, Tanjung Malim dan juga Tapah.

TM mengatakan punca kerosakkan ini mmungkin adalah disebabkan oleh perbuatan vandalisme.

Proses baik-pulih telah pun dimulakan oleh pihak teknikal, tetapi ia dijangka akan mengambil sedikit masa untuk baik-pulih sepenuhnya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.