Kabel USB tersekat dalam kemaluan seorang remaja lelaki disebabkan rasa “Ingin Tahu”

Facebook 622 Twitter 0 Google+0 WhatsApp 622Shares

Terdapat banyak kes sebelum ini yang pelik-pelik terutamanya yang melibatkan remaja dan juga orang dewasa. Beberapa tahun lepas, seorang lelaki telah memasukkan bekas krim ke dalam duburnya. Dia terpaksa datang ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan bekas krim tersebut.

Bersedia untuk cerita yang seterusnya. Kabel USB telah tersangkut dalam kemaluan seorang remaja lelaki di China

Seorang remaja berumur 13 tahun di China merasa “ingin tahu” mengenai alat sulitnya. Disebabkan perkara itu, dia cuba untuk memuaskan perasaannya dengan memasukkan ‘kable USB’ secara perlahan-lahan ke dalam urethra-nya iaitu lubang zakar dimana ia berfungsi menjadi tempat keluar air kencing dan air mani. Remaja tersebut telah berjaya memasukkan lebih kurang 20cm wayar tersebut ke dalam lubang tersebut.

Malangnya, Kabel tersebuy tersangkut apabila remaja tersebut ingin mengeluarkannya. Pada ketika ini, dia memberi tahu ibu bapanya dan dia telah dibawa ke hospital.

Kabel yang tersangkut pada remaja itu (sumber: Mirror.co.uk)

Di Hospital pula, para doktor telah meletakkan bahan pelincir pada kabel tersebut dengan harapan ia mudah dikeluarkan. Tetapi, mereka bukan sahaja tidak berjaya, malah menyebabkan kesakitan yang amat teruk kepada remaja tersebut. Kemudian dia telah dipindah ke Hospital Pakar Kanak-kanak Harbin dimana dia telah dirawat oleh Doktor Xu Liyan, seorang doktor urologi.

Dr Zu menjelaskan pada wartawan Daily Mirror bahawa remaja tersebut memotong kabel USB itu dan memasukkan yang wayar yang lebih secara keseluruhan ke dalam pundi kencing supaya dia boleh menarik balik semua wayar tersebut. Malangnya wayar tersebut membentuk simpulan apabila dia cuba menarik wayar itu keluar.

Apabila situasi menjadi semakin kompleks, cara untuk menyelesaikan masalah ini hanyalah dengan melakukan pembedahan. Mereka terpaksa membuka pundi kencing remaja itu, potong wayar yang tersimpul dan menarik wayar lebihan melalui urethra pesakit.

Remaja tersebut tinggal selama 2 minggu di dalam Hospital sebelum dibenarkan pulang.

sumber : rootofscience.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.