Beberapa minggu lalu, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dilaporkan hadir dengan penghad melombong kriptowang yang mengurangkan produktiviti lombongan kriptowang Ethereum.

Terkini, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti yang akan dilancarkan tidak lama lagi juga dikatakan akan hadir dengan pengehad pelombong kriptowang yang diperkenalkan pada kad grafik kelas pertengahan sebelum ini.

Perkara tersebut telah ditiriskan oleh peniris komponen kad grafik terkemuka @kopite7kimi di Twitter.

Dalam pada itu, dia juga “mengesahkan” spesifikasi kad grafik tersebut, dimana ia akan hadir dengan 20GB memori GDDR6X, 10GB lebih banyak berbanding dengan GeForce RTX 3080 tetapi 4GB kurang berbanding dengan kad grafik GeForce RTX 3090.

Nampaknya kesemua kad grafik NVIDIA GeForce yang dibina khusus untuk gaming akan datang bakal hadir dengan penghad melombong kriptowang ini, dan untuk mereka yang mahukan kad grafik melombong, boleh menggunakan kad grafik NVIDIA CMP yan diperkenalkan tidak lama dahulu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.