Kad Grafik NVIDIA RTX 2060 Tertiris Melalui Penanda Aras Final Fantasy XV

Diantara kad grafik yang boleh kami katakan ditunggu oleh orang ramai ialah kad grafik siri 2060 daripada NVIDIA. Tidak banyak butiran yang diketahui mengenainya, tetapi terdapat banyak ura-ura yang mengatakan bahawa ia tidak akan hadir dengan teras Turing yang membolehkan penggunaan teknologi Ray Tracing.

Terkini, nampaknya sedikit butiran mengenai kad grafik tersebut telah tertiris melalui graf perisian penanda aras Final Fantasy XV, yang menunjukkan sebuah kad grafik yang bernama RTX 2060.

Butiran khusus mengenai kad grafik ini masih tidak diketahui lagi, tetapi melalui graf penanda aras ini, kita dapat melihat bahawa prestasi kad grafik ini terletak diantara kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 dan GTX 1060, dan menewaskan kad grafik AMD Radeon RX Vega 56.

Nama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang digunakan ini juga cukup menarik kerana ura-ura yang dikatakan awal tadi bahawa kad grafik ini tidak mempunyai teras Turing yang diperlukan untuk ciri Ray Tracing.

Buat masa ini juga, tidak diketahui lagi samada kad grafik yang diuji ini ialah kad grafik untuk komputer desktop ataupun komputer riba. Kebarangkalian kita akan mengetahui butiran lanjut di acara CES yang akan berlangsung pada bulan Januari kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.