Kad SD Samsung PRO Plus Dan EVO Plus Dilancarkan Untuk Penghasilan Kandungan 4K

Di tahun 2020, kandungan pada resolusi 1080P sudah dianggap ketinggalan zaman dan semakin ramai mula berpindah kepada penghasilan kandungan 4K. Dengan peningkatan resolusi, storan yang bukan sahaja lebih besar tetapi lebih pantas juga diperlukan.

Minggu ini Samsung melancarkan dua kad SD terkini mereka yang direka khusus untuk penghasilan kandungan 4K. Samsung PRO Plus dan Sasmung EVO Plus ditawarkan dalam pilihan storan sehingga 256GB. Model 32GB ditawarkan dalam jenis SDHC manakala storan lain dari jenis SDXC.

Kesemuanya menawarkan kelajuan membaca sehingga 100 MB/s dan menulis sehingga 90 MB/S. Kesemua kad PRO Plus melepasi format kelajuan kelas U3. EVO Plus pula melepasi format kelajuan U3 untuk storan 64GB, 128GB dan 256GB dan U1 untuk storan 32GB.

Kedua-dua kad turut mempunyai kemampuan kalis air, tahan panas, kalis X-Ray, kalis magnet, tahan gegaran dan tahan jatuh. Samsung PRO Plus dijual pada harga bermula dari $10 (~RM41) untuk model 32GB dan meningkat ke $50 (~RM207) untuk model 246GB. Samsung EVO Plus pula dijual pada harga $7 (~RM29) untuk model 32GB dan meningkat $40 (~RM165) untuk model 256GB.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*