Kadar Kebergantungan Pengguna Malaysia Pada Peranti Digital Semakin Meningkat

Pengguna Malaysia dilihat menunjukkan peningkatan dalam kebergantungan pada peranti digital dari semasa ke semasa. Pengguna kini boleh mengakses muzik, filem, rancangan TV, buku, majalah dan akhbar pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka mahukan. Pembantu maya seperti Amazon Echo, Google Home, dan Apple HomePod juga turut memudahkan akses maklumat dan hiburan serta mengautomasikan tugas di sekitar rumah.

Kenyataan ini berdasarkan kepada perbincangan bersama Jaheer Abbas, Pengarah Kanan Jualan SEA dan India, Limelights Networks dalam memperlihatkan rangkuman penggunaan peranti digital dalam kalangan pengguna Malaysia. Apa yang menarik, Malaysia (2.21%) berada pada kedudukan kedua setelah India (2.67%) dalam tahap penglibatan bagi kesemua kandungan digital dalam talian.

Pengguna dilihat lebih fleksibel dalam mengakses peranti digital khususnya muzik dalam talian. Streaming pula kini menjadi pilihan paling popular untuk pengguna bagi menikmati muzik digital, dengan 55.8 peratus aliran muzik dalam talian dan 39 peratus pula memuat turun muzik untuk mendengar di luar talian. Hanya 8 peratus sahaja yang masih membeli cakera padat. Walaupun terdapat banyak peranti yang tersedia untuk mendengar muzik streaming, telefon pintar (2.34%) adalah peranti yang paling popular berbanding komputer riba (2.03%), terutamanya untuk pendengar yang lebih muda.

Secara tipikalnya, penggunaan peranti telefon pintar sememangnya mendapat permintaan yang tinggi. Namun, Limelight Networks melihat peranti televisyen pintar (1.48%) pula bakal menjadi taruhan pilihan peranti digital pengguna Malaysia untuk 5 tahun kehadapan kerana taraf penggunaan internet yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, ia masih lagi berada dibawah kajian pemerhatian mereka.

Kesimpulannya, kita dapat lihat yang mana pengguna Malaysia mempunyai kebergantungan pada peranti digital telefon pintar yang tertinggi di antara empat negara. Empat negara tersebut adalah Malaysia sebanyak 4.51, diikuti India (4.25%), Singapura (4.21%) dan Korea Selatan (4.22%). Peratusan ini sekali gus menunjukkan kedudukan sebenar pengguna Malaysia dalam penggunaan peranti digital.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.