Kaedah Baharu : Penghasilan Tenaga Elektrik Daripada Plastik Terbuang

Artikel asal telah disunting untuk kesesuaian pembaca

Sisa Plastik Terbuang

Bukan semua plastik boleh dikitar semula. Para penyelidik giat berusaha dalam membangunkan teknologi baharu bertujuan untuk mengurangkan masalah sisa buangan. Kini, Kumpulan Penyelidik University of Chester telah berjaya menjumpai teknologi / proses untuk menukarkan sisa plastik terbuang kepada tenaga elektrik dan bahan bakar kenderaan (gas).

Proses yang digelar W2T (Waste2Tricity) ini merupakan penyelidikan dibangunkan secara bersama dengan PowerHouse Energy. Projek ini menggunakan Kebuk Penukaran termal untuk menukarkan sisa plastik terbuang kepada tenaga elektrik & hidrogen. Prinsip kerja W2T menyebabkan sisa plastik terbuang meruwap, membebaskan gas hidrogen sebagai gas semulajadi sintetik yang digunakan lanjut dalam penghasilan tenaga elektrik. Proses W2T ini menghasilkan kadar emisi rendah berbanding kaedah insinerasi tradisional. Ini kerana, Proses ini hanya menghasilkan sedikit sisa pepejal & cecair, tanpa sisa gas.  Proses lengkap W2T ditunjukkan dalam diagram dibawah.

Diagram Ringkas Proses W2T

Ketika ini, Proses W2T berada pada tahap prototaip di University of Chester, namun syarikat PowerHouse Energy berhasrat untuk membina fasiliti Proses W2T pada skala penuh. Ini adalah penting untuk menguji samada peningkatan skala penuh fasiliti mempengaruhi kecekapan proses W2T. Untuk rekod, kebanyakkan kaedah / Teknologi Penukaran Termaju akan mengalami masalah pemeruwapan bendasing apabila mengubah fasiliti proses ke skala penuh.  Pasukan penyelidik bersama University of Chester & PowerHouse Energy secara optimis yakin Proses W2T ini mampu menukarkan sebarang jenis plastik kepada tenaga elektrik & gas. Keberkesanan Proses W2T ini diharapkan mampu membantu mengatasi masalah sisa plastik terbuang.

Professor Joe Howe (University of Chester) menerusi kenyataanya, Teknologi (Proses W2T) ini mampu menukarkan sisa plastik terbuang kepada gas hidrogen sintetik rendah kandungan karbon berkualiti tinggi, yang boleh digunakan sebagai bahan bakar kenderaan & sumber penghasilan tenaga elektrik. Komuniti sejagat harus cakna mengenai teknologi ini, ia (Proses W2T) membuatkan sisa plastik terbuang masih mempunyai nilai sekunder sebagai sumber bahan bakar kenderaan & penghasilan tenaga elektrik, dan paling utama ia mampu membantu mengatasi masalah pencemaran berpunca dari plastik.

Usaha awal untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik tertumpu ke arah produk plastik domestik, namun usaha untuk mengatasi masalah pencemaran plastik sisa industri masih lagi terhad. Maka pendekatan seperti Proses W2T ini boleh memberi sebab kukuh dari sudut ekonomi industri agar tidak menyumbang kepada pencemaran sisa plastik.

Kredit Foto :
waste2tricity
shutterstock

134total visits,135visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.