Ramai daripada Ibubapa yang menolak vaksin mengatakan bahawa Vaksin adalah penyebab kepada Autism. Ia disebabkan simptom-simptom autism tersebut bermula pada umur satu tahun dan ke atas iaitu selepas pemberian Vaksin trivalent(3 serangkai) Measles Mumps Rubella.

Khabar angin ini bermula selepas satu pasukan saintis dan doktor yang diketuai oleh Dr Andrew Wakefield membuat kajian berkenaan masalah usus dan perkembangan kanak-kanak

Vaksin 3 serangkai Measles Mump Rubella(MMR) yang dikatakan sebagai penyebab kepada Autism

Kajian Andrew Wakefield yang berat sebelah

Seorang doktor iaitu Andrew Wakefield berserta pasukannya membuat satu kajian berkenaan kaitan antara Vaksin 3 serangkai MMR dengan masalah usus serta perkembangan kanak-kanak

Di dalam kajian tersebut, ia melibatkan jumlah sampel yang sedikit iaitu 12 orang kanak-kanak sahaja. Kesemua kanak-kanak itu telah mengalami perkembangan mental yang berkurangan atau dikenali sebagai ‘regression of behaviour’.

Kajian ini tidak dilakukan secara berterusan. Ia dilakukan sekejap sahaja iaitu kanak-kanak itu dipanggil berserta ibubapa mereka, sejarah pesakit diambil dan sampel usus diambil. Selepas itu, kanak-kanak itu dibenarkan balik.

Keputusan daripada kajian itu menyatakan:

“Kami mendapati kanak-kanak ini mempunyai masalah enterocilitis yang kronik dan ia mungkin mempunyai kaitan dengan masalah neuropsikiatriknya. Kebanyakkan kes yang dikaji,  masalah mentalnya bermula selepas pemberian vaksin 3 serangkai MMR. Kajian yang berterusan perlu dibuat untuk mengesahkan kaitan diantara masalah mental tersebut dengan vaksin MMR”

Walaupun dalam kajian ini menyebut vaksin 3 serangkai mungkin menyebabkan masalah mental tersebut, tetapi ramai daripada ibubapa yang pukul rata bahawa semua vaksin menyebabkan autism.

Ada beberapa perkara yang menjadikan kajian ini sangat lemah untuk diterima pakai:

1) Menggunakan sampel yang sedikit iaitu sebanyak 12 orang. Apabila kita menggunakan sample manusia yang sedikit, maka keputusan yang dihasilkan tidak begitu tepat. Disamping itu, pengambilan sampel pun sangat selektif iaitu hanya kanak-kanak yang mempunyai masalah mental dan telah divaksin sahaja yang diambil.

2) Dalam kajian ini mereka menggunakan kaedah Qualitative study. Iaitu mereka akan membincangkan setiap satu pesakit itu secara spesifik. Ia lebih kepada kualiti sampel bukan kauntiti sampel. Mungkin sebab itu mereka menggunakan jumlah sampel yang sedikit.

Tetapi kajian kualitatif seperti ini adalah lebih sesuai untuk pesakit-pesakit yang jarang ditemui. Jika kita ingin memberi kesimpulan ke atas satu populasi, maka kajian yang berasaskan Kuantitatif adalah lebih tepat dan boleh diterima pakai.

3) Dalam kes ini, disebabkan kesemua pesakit tersebut diberi vaksin dan masalah perkembangan mental selalu kelihatan pada umur 1 tahun lebih, maka kebanyakkan ibubapa mengaitkan vaksin dengan masalah perkembangan anak mereka

Bagi saya, kajian tersebut berat sebelah kerana kesemua sampel kajian terdiri daripada kanak-kanak yang telah divaksin dan mempunyai masalah perkembangan mental

Ia juga menggunakan cara kajian yang tidak tepat untuk digunakan ke atas seluruh masyarakat iaitu kajian secara kualitatif. Sepatutnya kajian seperti ini dilakukan secara kuantitatif kerana vaksin digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat kita.

Sidang Akhbar Andrew Wakefield mencetus khabar angin keburukkan Vaksin

Pada 1998, ketakutan masyarakat kepada vaksin bermula apabila Dr Andrew Wakefield membuat sidang akhbar berkenaan kajian yang dilakukan oleh pasukan dia. Pada akhir sidang akhbar tersebut dengan jelasnya Andrew mencadangkan kepada ibubapa untuk mengelakkan vaksin 3 serangkai yang mungkin menyebabkan masalah perkembangan. Disamping itu, dia juga mencadangkan penggunaan  vaksin yang mempunyai satu virus sahaja(monovalent vaccine).

Pada saat itulah, ketakutan pada vaksin mula menular dalam masyarakat. Media menyebarkan berita ini keseluruh pelusuk eropah pada ketika itu dan membuatkan kadar pemvaksinan menjunam turun drpd 90% kepada 80%. Ini menyebabkan wabak measles meningkat di eropah

Sidang akhbar pada tahun 1998 dimana Dr Andrew sedang membentangkan hasil kajiannya tentang masalah usus dan kaitannya dengan vaksin

Kenapa perlu Dr Andrew mencadangkan monovalent measles vacccine?

Sebelum Dr Andrew menjalankan kajian berkenaan vaksin 3 serangkai pada tahun 1998, dia telah mencipta satu vaksin measles(monovalent) dan mempatentkan vaksin tersebut.

Tidak dapat tidak, ini menunjukkan bahawa Dr Andrew Wakefield mempunyai konflik berkepentingan(Conflict of interest) yang sangat besar. Iaitu setelah kajian tersebut dan sidang akhbar dijalankan, dia ada mencadangkan penggunaan monovalent measles vaccine iaitu vaksin yang dia sendiri cipta.

Sangat jelas tujuannya untuk mengaut keuntungan drpd kajian yang dijalankan. Tetapi malangnya kajian tersebut sangat lemah dan tidak boleh diterima pakai

Jepun memulaukan vaksin 3 serangkai. Tetapi masih mempunyai kadar kenaikkan Autism

Salah satu negara yang telah memulaukan vaksin 3 serangkai adalah Jepun dan mereka menggantikannya kepada single measles vaksin. Setelah beberapa tahun Jepun tidak menggunakan vaksin 3 serangkai MMR, data diambil untuk melihat kadar penambahan pesakit autism.

Daripada kajian tersebut ia menunjukkan pesakit autism semakin bertambah walaupun vaksin yang diberi itu bukanlah vaksin MMR.

Kesimpulannya, tiada kaitan antara vaksin MMR dengan penyakit autism

Ini link berkenaan kajian tersebut:

https://www.newscientist.com/article/dn7076-autism-rises-despite-mmr-ban-in-japan/

Kajian di Yokohama menunjukkan bahawa, kadar pesakit autism meningkat walaupun mereka telah memulaukan penggunaan vaksin 3 serangkai

Banyak kajian telah menunjukkan tiada kaitan antara penyakit autism dengan vaksin

Sudah banyak kajian yang menggunakan data yang relevan, jumlah sample yang banyak, serta sampel yg rawak menunjukkan bahawa tiadanya kaitan antara vaksin dengan autism.

Sebagai contoh dalam kajian ini:

http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0264410X14006367

Jumlah sample ataupun peserta yang menyertai kajian ini adalah melebih 1 juta orang. Jika hendak dibandingkan dgn kajian Dr Andrew Wakefield, sudah tentu kajian ini lebih relevan dan mempunyai tahap pembuktian yang lebih tinggi.

Ini adalah isi utama yang ingin diketengahkan daripada kajian tersebut

Kesimpulan yang kami buat adalah sama seperti para pengkaji diluar sana iaitu vaksin tidak terbukti menyebabkan penyakit autism seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang menolak vaksin

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

sumber : rootofscience.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.