Kajian Memperlihatkan Beza Pelitup Muka – Jenis Pembedahan Lebih Efisien

Anda wajib memakai pelitup muka! Tetapi sekurang-kurangnya, gunakanlah pelitup muka pembedahan dan bukannya yang diperbuat dari kain atau kapas – tidak kira satu lapis atau dua lapis. Jika ingin memakai pelitup muka kain/kapas, pastikan ada lapisan fabrik N95.

Jika anda degil, ingat – pelitup muka bukan untuk anda tetapi juga adalah untuk orang di sekeliling. The University of New South Wales ada menerbitkan video yang memperlihatkan beza antara tidak memakai, memakai pelitup muka kain kapas satu lapis, dua lapis dan juga N95 untuk pembedahan.

Video ini memperlihatkan situasi ketika seseorang sedang bercakap, batuk dan juga bersin. Jelas sekali dalam video ini, pelitup muka pembedahan adalah yang paling efisien dan selamat. Ia akan melindungi orang di sekeliling. Menurut kajian, ya – pelitup muka tidak akan melindungi diri dari Covid-19. Ia hanyalah sebagai pelindung daripada percikan air liur yang jelas kelihatan. Kuman atau partikel kecil yang tersebar diudara masih boleh terdedah kepadanya.

Pelitup muka boleh mengurangkan risiko dari terdedah kepada virus. Ia tidak akan melindungi kita 100% dan hanya akan melindungi mereka yang memakainya sahaja. Jadi, janganlah berdegil dan ingatlah yang tersayang – gunakan pelitup muka untuk diri dan semua orang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*