Kajian Mendapati Terapi Muzik Boleh Membantu Tumbesaran Otak Bayi Pramatang

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh WHO pada tahun 2015, sebanyak 15 juta bayi pramatang dilahirkan setiap tahun. Bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan kurang dari 37 minggu (tempoh kehamilan normal ialah 40 minggu) dari tempoh kehamilan. Masalah kesihatan kerap berlaku ke atas bayi pramatang keran proses tumbesan yang lengkap tidak dapat dilalui secara normal.

Pembangunan saraf otak banyak berlaku pada trimester terakhir kehamilan. Apabila bayi pramatang, pembangunan ini terganggu mengakibatkan masalah yang gangguan pembelajaran serta emosi.  Kajian terkini dari University of Geneva (UNIGE) dan University Hospitals of Geneva (HUG) mendapati terapi muzik dapat membantu tumbesaran otak bayi yang amat pramatang.

Google Play MusicBayi amat pramatang dilahirkan pada minggu 24-32 bulan kehamilan. Dalam eksperimen yang dilakukan, bayi pramatang yang didendangkan muzik khas ketika bangun dari tidur, tidur dan sedar didapati mempunyai imbasan otak yang hampir sama dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Kumpulan kedua bayi pramatang yang tidak didendangkan muzik menunjukkan beberapa kecacatan pada beberapa kawasan otak jika dibandingkan dengan bayi cukup bulan.

Tiga muzik khas sepanjang lapan minit telah dihasilkan oleh komposer Andreas Vollenweider untuk tiga fasa berbeza bayi setiap hari. Alat muzik yang digunakan ialah kecapi, punji (serunai ular) dan loceng. Dendangan muzik ini menggantikan pelbagai trauma bayi yang dibesarkan di unit trauma yang hingar dengan bunyi mekanikal, penggera dan bising yang sepatutnya tidak didengari pada usia tersebut.

Tumbesaran pada rangkaian kepentingan pada otak yang mengesan maklumat dan kemudian menilai hubungannya dengan waktu tertentu. Ia kemudian melakukan sambungan kepada rangkaian otak yang lain yang akan melakukan tugasan. Perkembangan rangkaian ini penting untuk pembelajaran, tugas-tugas kognitif dan hubungan sosial

Kajian yang dilakukan oleh UNIGE dan HUG ini adalah penting kerana WHO meramalkan peningkatan jumlah bayi pramatang di masa hadapan. Ini adalah kerana perubahan gaya hidup, ibu yang semakin berusia dan masalah kesihatan pada ibu yang mengandung.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.