TechSemut Malaysia

Kajian Mendapati WhatsApp Menjadikan Pelajar Sekolah Lebih Terbuka Untuk Berkongsi Pendapat

Kajian Mendapati WhatsApp Menjadikan Pelajar Sekolah Lebih Terbuka Untuk Berkongsi Pendapat

Kajian Mendapati WhatsApp Menjadikan Pelajar Sekolah Lebih Terbuka Untuk Berkongsi Pendapat
Mei 29
14:10 2017

“Baik kelas siapa boleh beritahu cikgu jawapan kepada soalan ini”. Ini ialah soalan yang kami percaya amat ditakuti pelajar sekolah. Dari pengalaman peribadi pelajar enggan memberi jawapan di dalam kelas kerana segan melakukan kesilapan. Terdapat juga pelajar yang tidak mahu menjawab soalan kerana tidak mahu dilabel menunjuk pandai. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Haifa Israel mendapati, aplikasi WhatsApp mendatangkan kesan positif kepada pelajar.

WhatsApp AndroidPelajar yang menyertai kumpulan WhatsApp rakan sekelas didapati lebih terbuka berkongsi pendapat mereka berbanding ketika di dalam kelas. Antara sebab ini berlaku ialah tiada hierarki apabila berbincang secara atas talian menggunakan aplikasi ini. Pada waktu yang sama persekitaran yang lebih sosial membuatkan tiada masalah pelajar segan untuk berkongsi pendapat.

Penggunaan teknologi telefon pintar di dalam kelas masih dianggap subjek yang agak kontroversi. Ramai yang tidak menyokong kerana merasakan ia boleh mengganggu konsentrasi pelajar. Tetapi sekiranya digunakan dengan betul jelas sekali dapat membantu golongan pelajar yang malu untuk berkongsi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com