KAMERA AKSI GARMIN VIRB ULTRA 30

Garmin VIRB Ultra 30 adalah satu lagi produk kamera aksi terkini dibawa keluarga Garmin VIRB keluaran Garmin. Kamera aksi ini mempunyai sensor kamera 12 megapixel dengan sokongan rakaman video resolusi tinggi 4K pada 30 bingkai sesaat dan rakaman video gerak perlahan pada resolusi HD 720p dengan kadar bingkai sehingga 240 bingkai sesaat.

Garmin VIRB Ultra 30 mempunyai penstabilan imej 3-axis untuk rakaman video yang lebih stabil. Kamera aksi ini turut mempunyai mikrofon yang sangat sensitif dibahagian depan untuk memastikan rakaman audio yang jelas di dalam dan di luar casing kalis air.

Menariknya, Garmin VIRB Ultra 30 mempunyai kebolehan merakamkan video dan gambar dengan arahan suara menggunakan teknologi Sensory TrulyHandsfree. Selain itu ia juga mempunyai sensor dan GPS terbina untuk mengesan lokasi dengan tepat serta mengumpul data seperti  berapa tinggi pengguna yang melompat, kelajuan dan sejauh mana pengguna bergerak.

 

sumber : http://ekselen.my/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.